Ahli Tak Aktif Boleh Ditaja Semula!

on Tuesday, January 4



Berita baik buat pengedar yang mahu melebarkan rangkaian. General Manager Al-Wahida Marketing mengumumkan bahawa pengedar yang tidak aktif boleh ditaja semula. Ini adalah berita baik bagi semua.

PETIKAN DARI BLOG GM :

PENJELASAN LENGKAP PENAJAAN SEMULA

Kenapa penajaan semula boleh di lakukan?
Ini adalah bertujuan untuk memberikan peluang sesaorang yang telah di taja sebelum ini tetapi berstatus tidak aktif membuat pilihan semula sama ada untuk kekal di jaringan lama atau mencari jaringan baru atas pilihannya sendiri.

Apakah yg di maksudkan dengan tidak aktif?
Tidak aktif bermaksud tidak aktif sebagai seorang PENGEDAR. Kelayakan menerima bonus sesaorang pengedar adalah minima 50NM maintain perbulan. Jika ia melakukan maintain peribadi di bawah 50NM ia hanya di anggap sebagai Pengedar yang bersifat pengguna biasa yang di kategorikan sebagai PENGEDAR TIDAK AKTIF.

Berapa jangka masa ketidakaktifan sesaorang pengedar itu melayakan ia boleh di taja semula?
Seorang yang tidak aktif selama 12 bulan semasa hendak di taja, layak memohon untuk penajaan semula.

Apakah ia mengambil kira tahun bila ia mendaftar menjadi ahli?
Ada dua jawapan
1. Ia tidak mengambil kira bila ia menjadi ahli asalkan jumlah edah beliau tidak aktif adalah selama 12 bulan.
2. Sekiranya usia keahlian sesaorang itu di bawah 12 bulan, maka ia belum layak untuk di taja semula sehinggalah usia menjadi ahli cukup 12 bulan dan dalam keadaan beliau tidak aktif.

Apakah pangkat dan rangkaian boleh di bawa bersama?
Kena faham istilah penjaan semula dan pindahan rangkaian. Kita tidak membenarkan sama sekali pindahan rangkaian dan pangkat. Jawapannya ada penajaan semula bermaksud dia akan di taja sebagai pengedar baru yang berpangkat pengedar biasa tanpa membawa rangkaian, pangkat maupun timbunan nilai mata yang dia miliki sebelum ini.

Bagaimana proses penajaan semula itu boleh di lakukan?
Sesaorang yang ingin melakukan penajaan semula di kehendaki memohon terlebih dahulu dan mendapatkan kelulusan dari pihak AWM. Adalah di ingatkan mereka tidak di benarkan melakukan apa apa pembelian sebelum penajaan baru di luluskan. Ini adalah untuk mengelakan berlaku kesilapan dalam pengisian data oleh pihak MIS. 

Sebarang kemuskilan sila hubungi en Kamal pada no hp 0134804717 atau email jatidiri09@yahoo.com.my
Wasallam

KULIAH PERUBATAN JAWI BERSAMA UST MAD CINA

on Monday, December 27


.
Kuliah Perubatan Jawi (KPJ) di HPA Cawangan Tanjung Karang akan diadakan pada :

TARIKH : 27 Disember 2010
MASA     : 9.00 - 11.00 malam
PENCERAMAH : Ustaz Mad Cina

Semua dijemput HADIR!!

PROGRAM DI HPAic SEPANJANG BULAN DISEMBER 2010

on Friday, December 17

.
Berikut adalah program-program terkini (Disember 2010) yang akan dijalankan di Bangunan HPA International Centre (HPAic) yang bertempat di Sekyen 13, Shah Alam.

18 Disember 2010 (Sabtu)

Program : Tafsir Yassin Menurut Sains
Penceramah : Ustaz Zawawi Yusof
Masa : 8.30 - 11.30 malam

22 Disember 2010

Program : Program MLM bersama GM Al-Wahida Marketing
Penceramah : En. Faisol Abd Rahman
Masa : 9.00 - 11.30 malam

24 Disember 2010

Program : Pengalaman Bekas Tahanan Israel
Penceramah : Dr. Syed Haleem
Masa : 9.00 - 11.30 malam

25 Disember 2010

Program : Kuliah Perubatan Jawi
Penceramah : Tuan Haji Ismail Bin Ahmad
Masa : 2.00 - 5.30 petang

28 Disember 2010

Program : Boikot Produk Yahudi
Penceramah : Penceramah dari Hungary
Masa : 8.30 - 11.30 malam

30 Disember 2010

Program : Intensif Herbalis Siri III
Penceramah : Pak Tata & Dr. Zaidur Akbar

*Program ini terbuka kepada semua, tidak tertumpu kepada ahli HPA sahaja.

SEMUA DIJEMPUT HADIR.

"PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA"

NANTIKAN KEMUNCULAN ALBUM UNIC-HPA (HIJRAH)

on Wednesday, December 15


.

UNIC sedang menyiapkan sebuah projek album khas bersama Syarikat Herba Penawar Al-Wahida (HPA). Nama album khas ini akan diberi judul HIJRAH.

Apa yang menariknya, kesemua lirik di dalam album ini adalah hasil nukilan Pengarah Urusan HPA sendiri, iaitu Tuan Haji Ismail Bin Ahmad.

KURSUS DIAGNOS TAPAK TANGAN LENGKAP DAN KIROPRAKTIK

on Thursday, December 9



Komuniti HPA Tanjung Karang akan mengadakan Kursus Perubatan Jawi:

Program : Kursus Diagnos Tapak Tangan Lengkap dan Kiropraktik
Tempat   : HPA Cawangan Tanjung Karang
Tarikh    : 12 Disember 2010 (Ahad)
Masa      : 9.00 pagi hingga 5.00 petang
Bayaran  : RM 70.00 (termasuk makan)

Jika berminat boleh menghubungi staf di HPA Cawangan Tanjung Karang di talian 03-32693626, atau hubungi Puan Sumiaton di talian 017-306 7984.

Terima kasih.

BLOG KOMUNITI HPA TANJUNG KARANG DILANCARKAN!

on Wednesday, December 8


Assalamualaikum.. Segala puji bagi Allah Subhanahu Wa Taa'la di atas pelancaran blog khas untuk Komuniti HPA Tanjung Karang. Semoga dengan pelancaran blog ini dapat merapatkan ukhuwah di antara ahli HPA di seluruh dunia dan bertukar-tukar informasi di antara kita..

Sedang Online